tapi xpelah, disebabkan personaliti aku sebagai seorang introvert, aku cuba aktifkan jari jemari aku berbicara melebihi mulut aku berbicara..segala penulisan aku yang tak efisyen langsung ni akan aku bagi bakal suami anak dan cucu aku je yang baca..Tahap keyakinan aku yang sangat terhad๐
ni hanya boleh dipamerkan pada mereka yang betul-betul terima segala kekurangan aku..Setakat ni aku tak pernah nampak segelintir masyarakat yang menerima golongan introvert. Kebanyakan mereka hanya memandang golongan ini adalah seorang yang sombong..
Kadang2 aku rasa nak mengubah personaliti ni, sejak aku jumpa satu perkataan introvert dan aku semangat untuk research ape sebenarnye ciri2 personaliti introvert ni..Dulu aku terbaca thread kat posting seorang pakar psychology yg blh dikatakan terkenal laa, sebab dia punye follower masa tu ribu ribu jugak..Beliau banyak berkongsi tentang ilmu psychology. Then aku dapat detect laa sebenarnye karakter aku ni adalah seorang "INTROVERT'..Dan sebelum ni aku ade post sebahagian ciri2 introvert. Tu pun hasil Mr.Google jugak..Sebenarnya kat sini aku lebih nak bercerita introvert tu aku rasa satu kelemahan dalam diri aku ๐
Baru-baru ni aku tukar tempat keje baru, but still dalam bidang yang sama and position yang sama.Sebelum aku pindah temapt kerja baru aku ada tanam satu semangat untuk tidak akan jadi seorang pendiam dan akan cuba bergaul dengan orang ramai. But sadly, aku gagal..๐ Aku rasa tak selesa sangat bila nak bercakap dengan orang ramai2. Aku dah mula rasa serba serbi tak kena dengan diri aku. Bila mana ade satu perasaan yang meminta untuk aku keluar dari dunia ni, dan pergi ke dunia yang semua orang introvertt ade kat situ.Sebab dorang faham , dan takkan cakap yang aku ni sombong. Aku tau dunia sebenar tak mengakui wujudnya golongan introvert ni. Thats y dorang selalu pesan kat aku supaya aku bercakap atau berbual dengan orang..Aku xpernah nafikan yang aku tak ramai kawan actually,. Dan ianya sangat sukar untuk aku buat ape yang aku tak boleh buat..Since study kt Poli smpai laa aku keje sekarang, aku xramai kawan..Aku tak sombong actually, apatah lagi riak dan takbur tu jauh sama sekali..
One of my best friend, pernah cakap muka aku ni kalau aku tak senyum memang akan nampak sombong,, Then I feel like depress jugak kalau aku ambik benda ni serius. Sampai satu tahap aku pikir kalau duit banyak aku nak buat pembedahan nak letak senyuman kt muka aku setiap masa.Macam lebih sanggup orang kata gila pulak daripada orang kata aku sombong.
Setiap kali jumpa dengan orang atau kawan2 yang baru aku, nak je bagitau dorang yang aku tak sombong, please berkawan dengan aku..Jarang aku jumpa kawan2 yang boleh handle aku dengan baik..Aku bukan meminta orang untuk layan aku mcm puteri raja pun..Cuma aku nak orang faham yang I could't start a conversation.๐ข
Last but not least, aku nak ucapkan terima kasih banyak2 pada kawan2 yang dah buat aku happy sampai aku berada dalam comfort zone..Even my close family pun tak dapat nak selesakan komunikasi dengan aku..Aku tak cakap aku xselesa dengan close family but I feel like uncomfortable to share all everything with them. Buat pasangan yang bakal bertakhta dalam hati aku, aku harap kau dapat handle dan faham keadaan aku seadanya..