Jumaat, 29 Januari 2021

Hurt!!

.. Im back! 🤗
Jarang nak dapat ilham mengarang..mungkin sebab keyakinan yang semakin merudum..eh betul ke ayat aku.. 🥴 

Sebenarnye posting ni umum.. Aku pun xtau nak letak tajuk ape..banyak benda yg terbuku kat hati ni. Tapi tu laa.. Takde masa pulak nak mengarang plus takde idea.. Huhuu🤓

Orang macam aku ni kena 'curhat' kat blogger rahsia ni je laa.. Supaya tak rasa stress sangat nak gendong masalah ataupun perasaan ni kan..
Aku sebenarnya tak yakin nak cerita kat orang. Takot orang menilai kelemahan aku dan terus ambik kesempatan atas kelemahan aku.Walhal lain orang, lain penilaian dorang terhadap kita dan cerita kita tau. Aku cukup berhati berhati walaupun berkobar² perasaan nak bercerita tau.. Kadang kadang bile orang bertanya aku jadi mcm kena rasuk, semua benda aku bercerita sampai dah lupa dengan sapa aku bercerita.. 😭
Pengajaran sangat pada aku. So, itu yang membuatkan aku jadi malas nak bergaul dengan orang, malas nak menyembang dengan orang, senang citer, nak buat hal sendiri lagi bahagia kut 😎

Ermmm.. Tapi tak mau cerita pasal orang kat sini. Aku cuma terkesan sikit perbuatan orang kat aku. Aku tak suka berdendam dengan orang as long as  takde orang kacau hidup aku. Sebab aku xpernah kacau n dengki dengan orang.

At the end aku boleh maafkan orang yang buat aku. Tapi aku nekad untuk buang orang tu dalam hidup aku. Aku tanak ade kena mengena dah dengan orang tu. Tau tak sebab apa, sebab aku tak nak jadi hipokrit dan aku takot xboleh jaga perasaan dia dah bila bercakap. Yelaa, sebab ade sejarah kan.. Orang kata luka susah nak sembuh kan. Tak nak laa tambah lagi luka tu kn.. Ok laah, sampi ctu je lah..
Dadaaaa... 💞

Tiada ulasan:

Catat Ulasan