Jumaat, 29 Januari 2021

Hurt!!

.. Im back! πŸ€—
Jarang nak dapat ilham mengarang..mungkin sebab keyakinan yang semakin merudum..eh betul ke ayat aku.. πŸ₯΄ 

Sebenarnye posting ni umum.. Aku pun xtau nak letak tajuk ape..banyak benda yg terbuku kat hati ni. Tapi tu laa.. Takde masa pulak nak mengarang plus takde idea.. HuhuuπŸ€“

Orang macam aku ni kena 'curhat' kat blogger rahsia ni je laa.. Supaya tak rasa stress sangat nak gendong masalah ataupun perasaan ni kan..
Aku sebenarnya tak yakin nak cerita kat orang. Takot orang menilai kelemahan aku dan terus ambik kesempatan atas kelemahan aku.Walhal lain orang, lain penilaian dorang terhadap kita dan cerita kita tau. Aku cukup berhati berhati walaupun berkobar² perasaan nak bercerita tau.. Kadang kadang bile orang bertanya aku jadi mcm kena rasuk, semua benda aku bercerita sampai dah lupa dengan sapa aku bercerita.. 😭
Pengajaran sangat pada aku. So, itu yang membuatkan aku jadi malas nak bergaul dengan orang, malas nak menyembang dengan orang, senang citer, nak buat hal sendiri lagi bahagia kut 😎

Ermmm.. Tapi tak mau cerita pasal orang kat sini. Aku cuma terkesan sikit perbuatan orang kat aku. Aku tak suka berdendam dengan orang as long as  takde orang kacau hidup aku. Sebab aku xpernah kacau n dengki dengan orang.

At the end aku boleh maafkan orang yang buat aku. Tapi aku nekad untuk buang orang tu dalam hidup aku. Aku tanak ade kena mengena dah dengan orang tu. Tau tak sebab apa, sebab aku tak nak jadi hipokrit dan aku takot xboleh jaga perasaan dia dah bila bercakap. Yelaa, sebab ade sejarah kan.. Orang kata luka susah nak sembuh kan. Tak nak laa tambah lagi luka tu kn.. Ok laah, sampi ctu je lah..
Dadaaaa... πŸ’ž

Ahad, 6 September 2020

My Weakness!!

Assalamualaikum, hai..aku pun taktau nak 'hai' kat sapaπŸ˜‚
tapi xpelah, disebabkan personaliti aku sebagai seorang introvert, aku cuba aktifkan jari jemari aku berbicara melebihi mulut aku berbicara..segala penulisan aku yang tak efisyen langsung ni akan aku bagi bakal suami anak dan cucu aku je yang baca..Tahap keyakinan aku yang sangat terhadπŸ˜… ni hanya boleh dipamerkan pada mereka yang betul-betul terima segala kekurangan aku..Setakat ni aku tak pernah nampak segelintir masyarakat yang menerima golongan introvert. Kebanyakan mereka hanya memandang golongan ini adalah seorang yang sombong..

Kadang2 aku rasa nak mengubah personaliti ni, sejak aku jumpa satu perkataan introvert dan aku semangat untuk research ape sebenarnye ciri2 personaliti introvert ni..Dulu aku terbaca thread kat posting seorang pakar psychology yg blh dikatakan terkenal laa, sebab dia punye follower masa tu ribu ribu jugak..Beliau banyak berkongsi tentang ilmu psychology. Then aku dapat detect laa sebenarnye karakter aku ni adalah seorang "INTROVERT'..Dan sebelum ni aku ade post sebahagian ciri2 introvert. Tu pun hasil Mr.Google jugak..Sebenarnya kat sini aku lebih nak bercerita introvert tu aku rasa satu kelemahan dalam diri aku πŸ˜”

Baru-baru ni aku tukar tempat keje baru, but still dalam bidang yang sama and position yang sama.Sebelum aku pindah temapt kerja baru aku ada tanam satu semangat untuk tidak akan jadi seorang pendiam dan akan cuba bergaul dengan orang ramai. But sadly, aku gagal..πŸ˜– Aku rasa tak selesa sangat bila nak bercakap dengan orang ramai2. Aku dah mula rasa serba serbi tak kena dengan diri aku. Bila mana ade satu perasaan yang meminta untuk aku keluar dari dunia ni, dan pergi ke dunia yang semua orang introvertt ade kat situ.Sebab dorang faham , dan takkan cakap yang aku ni sombong. Aku tau dunia sebenar tak mengakui wujudnya golongan introvert ni. Thats y dorang selalu pesan kat aku supaya aku bercakap atau berbual dengan orang..Aku xpernah nafikan yang aku tak ramai kawan actually,. Dan ianya sangat sukar untuk aku buat ape yang aku tak boleh buat..Since study kt Poli smpai laa aku keje sekarang, aku xramai kawan..Aku tak sombong actually, apatah lagi riak dan takbur tu jauh sama sekali..

One of my best friend, pernah cakap muka aku ni kalau aku tak senyum memang akan nampak sombong,, Then I feel like depress jugak kalau aku ambik benda ni serius. Sampai satu tahap aku pikir kalau duit banyak aku nak buat pembedahan nak letak senyuman kt muka aku setiap masa.Macam lebih sanggup orang kata gila pulak daripada orang kata aku sombong.
Setiap kali jumpa dengan orang atau kawan2 yang baru aku, nak je bagitau dorang yang aku tak sombong, please berkawan dengan aku..Jarang aku jumpa kawan2 yang boleh handle aku dengan baik..Aku bukan meminta orang untuk layan aku mcm puteri raja pun..Cuma aku nak orang faham yang I could't start a conversation.😒

Last but not least, aku nak ucapkan terima kasih banyak2 pada kawan2 yang dah buat aku happy sampai aku berada dalam comfort zone..Even my close family pun tak dapat nak selesakan komunikasi dengan aku..Aku tak cakap aku xselesa dengan close family but I feel like uncomfortable to share all everything with them. Buat pasangan yang bakal bertakhta dalam hati aku, aku harap kau dapat handle dan faham keadaan aku seadanya..






Ahad, 12 April 2020

Introvert❓❓

Assalamualaikun.. Nampak tak title tu ade tanda soal? Hermm.. Sebenarnye aku tengah explore n cuba nak kenal diri sendiri.. Aku punye prinsip, "kita tak boleh judge diri sendiri walaupun cermin disekeliling kita".. Yes, itu masih valid dlm diri aku.. Cuma ciri² introvert ni rasa macam match je dgn prasaan aku..tak pasti laa pada pandangan orang lain tentang aku..

Introvert ni bukan laa pendiam sangat, ade certain situasi yg buat dia xselesa. Dia akan byk bersendirian sebab itu je yg dia selesa dalam hidup dia.. Biasanya introvert person ni akan mengelak daripada majlis yg ade ramai orang.. Kalau terpaksa join pun dia akan byk diamkan diri.. Bukan malu, tapi xselesa.. Then, dorang sgt berhati² bila bercakap.. Takot orang tak suka apa yg dorang ckp atau takot menyinggung perasaan orang lain.. Yeke?? πŸ˜…

Introvert pun akan ade time dia happy tanpa dapat mengawal diri dia,. 🀣 Senang kata time gila dia laa..yes, ade time gila dia, tp dengan kelompok yg dia betul betul selesa.. Mungkin sesetengah orang dapat detect laa kalau member dia tu introvert.. Kalau yang xfaham n xpernah tau pun kewujudan introvert person ni msti dorang akan cakap introvert person ni sombong, pentingkan diri sendiri atau kera sumbanh kut.. Huhu.. Dah laa muka ketat 24/7 kan..🀭

Kalau bab pasangan pulak, introvert ni sanggup terima baik buruk pasangan dia sebab dah malas nk kenal orang baru kut.. Kut? 😐
Hermm, mengikut kajian dorang ni setia.
Soal pasangan ni aku rasa tak relate pun dengan diri aku..Kalau ade org nak kata aku tak setia, go on laa bro! No comment.. πŸ™„

Ok laah, tu je lah kut.. Kalau ade lagi masyarakat yg pandang negatif pada golongan introvert ni blh turn off dah kut.. Bukak minda n cuba handle introvert ni dengan baik.. 😘


Ahad, 5 Januari 2020

Comeback!

Assalamualaikumm. .Baru tersedar begitu lama n banyak post² yg disimpan dlm draft dan tak di publish pun.. Mungkin sbb tak sempat abiskan posting. .hidup dulu dan sekarang dah banyak sangat berubah. Comeback kali ni cara mengarang tu  banyak ke arah meluahkan perasaan. .yelaa, dah 27 y/o kan..Aku sedar dari dulu sampai now ni xde yg akan faham and xde sorang pun yg buat aku selesa utk luahkan perasaan..Aku xkisah sebenarnye.  As long as aku blh survive n boleh bahagiakan orang lain.. Untuk matlamat dan azam tahun 2020 ni, memang aku nak bahagiakan orang lain..Aku bersyukur atas kemampuan diri aku sehingga hari ni.. Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah pinjamkan di aku akan fight for keperluan keluarga aku sementara aku ketepikan dahulu misi menamatkan zaman bujang.. Tak pelah, its okay for me.. Macam biasa, setiap kali hati terluka aku akan rawat sendiri.  Cume memng betul² I will fight for it ! Gudluck myself! ! 


Isnin, 6 Februari 2017

2 Hari Bersama..

Assalamualaikum.. 

I know its very late post,,
nurasyikin ain hikmahana..nama pun dah ajaib..huhu..ini lah salah sorang insan yg menceriakan kehidupan aku..xpernah hilang dari ingatan walau beberapa kali kite dipisahkan dari jarak kan..Alhamdulillah sgt bersyukur atas hadiah Allah yg dikurniakan ..Ramai kawan, kawan adalah kawan tidak semestinye sahabat..sahabat adalah kawan..dunia dan akhirat syg awak kin..
11 tahun dah persahabatan kita..
tp kite masih berkenalan antara satu sama lain..walaupun jarang jumpa kan..Awak xpernah lukakan hati dan perasaan seketul syariena nih..terima kasih kin , selama kite kenal, awak laah salah sorang yg bertahan dengan perangai saya kin..Kite sama sama pedih luka, suka happy sama sama..

saya doakan agar persahabatan kite smpai bile bile bile bile..smpai kita bercucu pun jangan lupakan sy ea..
sy sentiasa doakan kebahagiaan awak..

sy doakan agar awak cepat2 ditemukan jodoh, supaya sy dpt jadi bridesmaid awak ea..huhuu..



Masa remaja kite byk habiskan masa bersmama sama walaupun lepas habis sekolah kite terpisah huhuu..soarang kat penang, sorang kat shah alam..tapi kite masih keep in touch.awayz,..cuti kite selalu sama kan..xpernah melepaskan peluang berhang out..


Ahad, 27 September 2015

Salam Raya Qorban

Salam AidilAdha yang begitu meriah tahun nieyh..
Alhamdulillah tahun nieyh dapat makan daging lembu lagi kann..alhmdulillah masih dpt merasai hari raya Aidiladha tahun nieyh kan..Alhamdulillah hampir seluruh keluarga berkumpul di hari mulia ini..
Aku pun xmelepaskan peluang utk join family gathering utk 2 hari di kampung..Alhamdulillah..sampai xcukup tangan nak bersalaman berpeluk, berlaga pipi ..haha..sdara sdara yg aku jarang jumpe nieyh rasa nk g peluk lama lama laa..yg rapat rapat dari kecik nieyh, bertahun tahun xjumpe kot..tp segan pulak nk peluk org lama lama kan..jap g turn org laen nk salam xdpt..sbb kna peluk an aku lama lama :-)
dorang kata aku dah nampak matang dah ckit..tapi aku rsa mungkin sbb shawl yg dipakai masa tuh..haha..tuh semua POYO ea..
ramai lagi sedara yg xknal n xnampak depan mata nieyh..xpe, semoga mereka sihat sejahtera hendak nyee..
Memandangkan 3hari bercuti sempena raya, hari yg terakhir aku bercuti diisi dengan beberapa aktiviti laa..terutamanya, sesi mmbakar daging dekat rumah laa..huishhh sedap jugak daging bakar dicicah pulak dengan asam tambah lagi ade sup gear box..perghhhhh, marvellous..hermm..
Disamping aktiviti bersama kawan kawan terbatal tanpa sengaja ..kesian kawan kawan aku yg balik jauh jauh xdpt nk gathering kan..xdek rezeki Iollz nk jumpe uollz..disebabkan perkara perkara yg xdpt dielakkan..Insyaa Allah our gathering will happen Walaweyh Girlz..sampai jadi k..haha..
Bile dah bercuti selama beberapa hari nieyh, mood nk g keje tuh mcm chipsmore..kejap ade kejap xde..apa ape pun keje tetap keje..haha..
Selamat Hari Raya AidilAdha..mintak anta daging lebih rumah saya ea..
K byeee






Khamis, 3 September 2015

THE FEELING DAY..

Salam..Salam September..
hai uollz..Sedar tak sedar,kita dah melangkah ke bulan september kan..cepat nyee masa berlalu..
Ade pernah terdengar ustaz kata, masa semakin cepat berlalu sebab orang dlm kubur tuh mintak doa supaya masa cepat berlalu, dorang xsanggup kena seksa dah dalam kubur tu..kita dah nk dekat kiamat kan..Astaghfirullahalazim..Moga Tuhan ampunkan dosa hamba hamba NyaπŸ˜₯
....................................................

Harap harap pintu hati ini sentiasa terbuka utk mendekatkan diri kepada Nya..

Bila dah keje nieyh semakin xcukup masa nak rehat walaupun keje xsampai malam kan..penat keje dengan penat blajar tu beza kan..penat belajar, stress tuh kite rasa macam sekejap je..tapi penat, stress keje nieyh, bertambah tambah..haa..sampai satu masa kita tak tahan kan..stress yg telah disampaikan dengan airmata..

Hermmmm..nak tanak terima pun dah 5bulan keje kat sini..Diri aku masih terumbang ambing..kejap melambung di udara, kejap tersungkur..ntah bila nak bersenang lenang , tak payah keje , jadi Mem besar goyang kaki dengan selipar rumah hello kitty 😍
Sekali sebulan g bercuti overseas..pastu,pegi beli nasi lemak pagi pagi dengan wolkswagen Das Auto..haha..perghhhhhh..berangan kalah mat jenin oooiyyyy..😏

Hishhhh..semua tuh tak kan terjadi..Ehh tak, InShaa Allah ..will happened..πŸ˜‚

Umur dah semakin banyak, tapi corak kehidupan xberganjak pun lepas graduate..Yelaa ape blh buat kan..duk tercongok kat kampung je..keje pun banyak stress..so, xberpeluang nk merasai transformasi dunia..tapi aku masih bersyukur dengan ape yg aku setakat hari nieyh..
Tanak merungut lagi, tapi marah pada diri sendiri, pemikiran yg belom matang nieyh..πŸ˜₯ bila nk matang tak tau laaa..dress up pn still mcm student student..thts y laa pegy mane mane org duk cop aku student..haha..nasib laa kau Rina ooiiyy..πŸ™†

adoiiiyaiii..sampai ctuh je laa dulu..mana boleh selalu selalu tulis entry nieyh..nnt jadik laen pulak..ok bye..see soon😘